Friday, 7 March 2014

TUJUAN HIDUP KITA DI DUNIA

Assalamualaikum ....

                     Untuk entry kali ini, Chak nak berkongsi sikit ilmu yang telah Chak perolehi hari ini.. InshaAllah dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kita..  :)
     
                     Seorang akak naqibah Chak, telah menanyakan soalan kepada Chak dan rakan-rakan yang lain,, adakah kita pernah terfikir, apakah tujuan sebenar kita hidup di dunia ini,, dan seorang demi seorang menjawab pertanyaan tersebut, dan jelas sekali semua jawapan yang diberi oleh kami tepat.

                     Ya, tujuan kita untuk hidup di muka bumi ini ialah sebagai KHALIFAH dan beribadat kepada Nya..  Allah telah menjelaskan perkara -perkara tersebut di dalam Al-Quran yang dianggap "manual" kepada kita supaya kita menjalankan perintah Nya.

                      1) surah Al-Baqarah, ayat 30 ,,

                    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

                               
                         2) surah Adh- Dhariyat, ayat ke 56,,

                         Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.




                         Maka, jelaslah disini apakah tujuan hidup kita selama di dunia ini,, hidup di dunia merupakan satu persinggahan sementara untuk mengutip sebanyak mungkin amalan untuk bekalan kita di akhirat yang kekal abadi.

                          Apabila akak naqibah Chak cakap macam tu, baru lah Chak umpama terbangun dari mimpi yang lena. Untuk membentuk Individu Muslim, kita diri sendiri berusaha untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik,, walaupun perubahan itu sedikit. Daripada yang sedikit itulah, dapat memberi satu kesan yang besar, InshaAllah.. Daripada Individu Muslim dapat berubah kepada Baitul Muslim dan seterusnya.


Individu Muslim ---> Baitul Muslim ---> Masyarakat Muslim ---> Kerajaan Islam ---> Daulah Islam ---> Empayar Islam ---> Ustaziyatul Alam


                             Semoga entry Chak kali ini bermanfaat kepada kalian semua. Chak amat berterima kasih kepada semua yang telah berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama. Jika ada kekurangan harap dimaafkan,, Jika terdapat kesilapan dalam informasi mohon komen ya! :D


                             Moga Allah Redha

                         

                     

Wednesday, 19 February 2014

Selamat Bertemu Sem 2

Assalamulaikum! Haii!! 

      Selamat bertemu untuk sem 2, lip pop lip pop (bahasa Perlis) tengok-tengok dah masuk sem 2.. Cepat sungguh masa berlalu kan. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi masa sem 1. Berkat sokongan mak ayah, kawan-kawan, pensyarah, seniors, cikgu, dapat juga Chak tempuhi sem 1 dengan baik. Alhamdulillah..
       
      Sebenaqnya , ceq ni baru blajaq nak buat blog.Tapi tak taw nak ceghita mengenai apa.. Sebarang cadangan boleh comment di bawah ya. :)
     
      Dah masuk sem 2 ni,, Chak ada azam baru!!! hahaha,, setiap tahun ada azam, tapi kali ni nak cari azam yang lebih bermanfaat sikit~

     Apa azam saya pada tahun ini?

        1) Menjadi seorang Islam yang lebih baik
        2) Menjadi anak yang solehah kepada ibu bapa
        3) Mendapat keputusan peperiksaan yang baik setiap sem.
        4) Tidak membazir masa
 

     InshaAllah,, akan Chak usahakan.. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan..


      Owhhh,,, Satu lagi, sebagai seorang pelajar yang mengambil kos Linguistik, Chak akan berusaha menggunakan bahasa yang betul  yang mengikut disiplin- disiplin tatabahasa!! Nampak over pulak.. huhuhuhuhu..

     Baiklah, Chak pun dah tak taw nak ceghita apa, InshaAllah, pada entry- entry yang akan datang, Chak akan menyampaikan serba sedikit perkongsian ilmu yang lebih bermanfaat. InshaAllah :D